Empangan Bakun adalah sebuah
empangan hidroelektrik yang sedang dalam pembinaan merentasi
Sungai Balui di
Sarawak, Malaysia. Ia merupakan sebuah empangan batu dilitupi konkrit (
concrete faced rockfill dam) (CFRD) yang tertinggi di dunia akan dibina. Ia juga akan menjadi empangan terbesar di Asia, selain beberapa empangan lebih besar di negeri Cina. Empangan ini dapat menjana 2,400 MW tenaga elektrik apabila siap pada tahun 2012.
Tenaga elektrik yang akan dijanakan akan disalurkan dari Sarawak ke Semenanjung Malaysia. Rancangan asal ialah untuk menggunakan 30% dari janaan di Sarawak dan selebihnya disalurkan ke Semenanjung Malaysia. Penghantaran ini memerlukan 660 km talian
DC voltan tinggi di Sarawak dan 670 km talian DC voltan tinggi di bawah laut merentasi
Laut Cina Selatan.
Di masa hadapan, janaan dari Empangan Bakun dirancang untuk disambungkan ke
Grid Elektrik Borneo, yang akan menghubungkan grid elektrik sedia ada di Sarawak, Sabah, Brunei dan
Kalimantan. Rancangan ini disebut-sebut di mesyurat negara
ASEAN, tetapi tiada tindakan susulan lagi.
Sejarah projek
[sunting]Cubaan pertama
Kerja
ukur tanah dimulakan pada tahun 1960-an dan kajian diteruskan pada tahun 1980-an. Kajian merangkumi pelan induk & upayabina, kajian batuan & tanah, kajian janaan hidro, rekabentuk empangan, kajian alam sekitar & socio-ekonomi dan kajian talian penghantar.
Projek ini telah mulakan pada 1986, tetapi dihentikan pada 1990 berdasarkan unjuran merosot kegunaan elektrik disebabkan kemelut ekonomi 1985 dan keputusan membangunkan dahulu industri gas asli.
Projek ini terhenti akibat kemelut ekonomi 1997.
[sunting]Cubaan ketiga
Pada Mei 2000, Kerajaan Malaysia telah mengambil alih projek dengan membeli kepentingan Bakun Hydroelectric Corporation, dan meneruskan projek melalui syarikat milik kerajaan,
Sarawak Hidro Sdn Bhd. Hanya pembinaan Empangan Bakun diteruskan dan kerja pembinaan ditawarkan melalui kontrak “turnkey”. Pembinaan talian penghantar bawah laut tidak akan dilaksanakan.
[sunting]Perkembangan terkini semasa cubaan ketiga
Pada tahun 2003,
Gulf International Investment Group (GIIG) telah meletak wang pertaruhan sebanyak RM500 juta, sebagai permulaan ingin membeli 60% projek Empangan Bakun. GIIG adalah syarikat usahasama antara
Syed Mokhtar Al-Bukhary, orang kaya dari Malaysia dan
Mohamad Ali Al-Abbar, orang kaya dari
Dubai. Tujuan pembelian ialah sebagai sumber tenaga elektrik untuk sebuah lagi pelaburan mereka iaitu kilang pelebur aluminium yang akan dibina di
Similajau, Sarawak. Rancangan ini tidak diteruskan akibat kelewatan di dalam pembinaan Empangan Bakun.
Di tahun 2006, berikutan kenaikan bahanapi seperti gas asli dan minyak, talian penghantar bawah laut yang yang dahulunya tidak berdaya maju, kini telah dikaji semula untuk dilaksanakan.
Tenaga Nasional Berhad telah menyatakan hasrat ingin menggunakan sumber hidroelektrik dari Sarawak menjelang 2012. Berikutan itu, beberapa syarikat telah menunjuk minat dan Sime Darby adalah yang terhadapan dalam usaha mendapatkan kontrak melaksanakan talian penghantar bawah laut ini.
[sunting]Pemeliharaan alam sekitar
Pembinaan Empangan Bakun ini menakibatkan 9,000 penduduk sekitar dipindahkan dari kawasan yang akan ditenggelamkan, Mereka telah ditempatkan semula di kampung rumah panjang
Sungai Asap berhampiran
Bakun.
[sunting]Spesifikasi Empangan Bakun
Bahagian kekal empangan adalah seperti berikut:
- Empangan utama
- Tinggi 205 m dari tapak ke puncak. Panjang 750 m dari hujung ke hujung. Isipadu 16.71 juta meter padu.
- Aras puncak ialah 235 m atas aras laut. Aras air maksima ialah 232 m. Aras operasi adalah 228 m maksima dan 195 m minima.
- Takungan : luas permukaan ialah 695 km persegi, dan kawasan tadahan ialah 14,750 km persegi. Isipadu takungan ialah 43,800 juta meter padu.
- Tandop – 8 petak dengan 2 pintu tandop setiap petak.
- Alur limpah – luahan 15,000 meter padu sesaat.
- Terowong jana – 8 terowong dengan 8.5 m bukaan rentang, dan panjang 760 m setiap satu.
- Rumah janakuasa
- Di atas tanah, 4 tingkat berukuran 250 m panjang x 48 m lebar x 48 m tinggi.
- 8 set janakuasa merangkumi 8 turbin jenis Francis dengan bersaiz 300 MW sebuah, 8 janakuasa bersaiz 360 MVA sebuah dan 8 pembolehubah bersaiz 360 MVA sebuah.
[sunting]Talian penghantar
Ada 3 bahagian utama talian penghantar:
Pertama, talian AC voltan tinggi dari
Bakun ke
Bintulu sepanjang 160 km. Talian 275 kV ini akan mengalirkan tenaga dari Empangan Bakun ke sebuah stesen pencawang di Bintulu, dan seterusnya ke grid elektrik Sarawak yang dikendalikan oleh
Syarikat SESCO Berhad.
Kedua, talian DC voltan tinggi dari
Bakun ke
Tanjung Parih, Sarawak sepanjang 660 km. Talian ini pada voltan 500 kV jenis bipolar (dua kutub; positif dan negatif).
Ketiga, talian DC voltan tinggi dari
Tanjung Parih, Sarawak ke
Tanjung Tenggara, Johor sepanjang 670 km. Talian ini dibawah lautan pada voltan 500 kV dengan 3 atau 4 kabel dengan keupayaan 700 MW seutas.
Sebagai sebahagian system talian penghantar ini, 2 stesyen pengubah akan dibina di Bakun dan Tanjung Tenggara. Talian DC voltan tinggi ini akan disambung ke
Grid Nasionalyang dikendalikan oleh
Tenaga Nasional Berhad.
[sunting]Fakta menarik
Apabila siap nanti:
- Empangan Bakun akan menjadi empangan jenis CFRD yang tertinggi didunia dengan tinggi 205 m.
- Tasik Bakun akan menjadi tasik terbesar di Malaysia (mengikut isipadu dan juga luas permukaan).
- Stesen janakuasa Bakun akan menjadi penjana elektrik terbesar di Malaysia, mengatasi Empangan Pergau.
- Talian penghantar bawah laut Bakun akan menjadi yang terpanjang di dunia, mengatasi talian penghantar dari Norway ke Belanda.