Monday, 16 April 2012


MODENISASI PENANAMAN PADI DI KAMPUNG PIASAU, KOTA BELUD, SABAH.
(rice cultivation modernization in Kampung Piasau, Kota Belud, Sabah)
Roszie Che Aziz
Abstrak
Latihan ilmiah ini adalah berkaitan modenisasi penanaman padi di Kampung Piasau, Kota Belud, Sabah. Modenisasi dalam penanaman padi telah dikaitkan dengan Revolusi Hijau. Selepas Revolusi Hijau diperkenalkan di Negara Malaysia, amalan pertanian padi secara tradisional telah ditukarkan kepada amalan penanaman moden. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti pola penggunaan teknologi moden dalam sektor penanaman padi di Kampung Piasau khususnya dalam aktiviti penyediaan tanah, penanaman, pengurusan ladang dan penuaian. Manakala objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap penggunaan teknologi dalam sektor penanaman padi, menilai persepsi penduduk terhadap penggunaan teknologi moden dalam semua peringkat tanaman padi dalam konteks sosioekonomi penduduk dan mengenalpasti isu dan permasalahan yang berkaitan dengan penggunaan teknologi dalam sektor tanaman padi di Kampung Piasau. Metodologi yang digunakan ialah melalui kutipan data sekunder dan primer. Yang mana data primer dikutip menggunakan borang soal selidik, temubual, pemerhatian dan fotografi di lapangan. Manakala data sekunder pula dikutip melalui jurnal-jurnal dan kajian yang diterbitkan, data daripada jabatan-jabatan kerajaan, dan kajian perpustakaan. Kesemua data yang diperolehi akan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS 16.0 dan Microsoft office excel 2007 untuk mendapatkan hasil dapatan kajian. Melalui hasil dapatan kajian ini, pengkaji akan membandingkan data-data yang diperoleh, seterusnya memberikan cadangan bagi meningkatkan lagi pola penggunaan teknologi moden dalam sektor penanaman padi dalam kalangan penduduk Kampung Piasau.

Kata kunci: pola penggunaan teknologi moden, persepsi penduduk, isu dan pemasalahan pengunaan teknologi moden.
This academic training is related rice cultivation modernization in Kampung Piasau, Kota Belud, Sabah. Modernisation in rice cultivation has been associated with green revolution. After Green Revolution introduce at Malaysian country, traditional rice farming practice had been tranferred to modern cultivation practice. Hence, this study carried out to identify use of modern technology pattern in paddy growing sector especially at Kampung Piasau in preparation of land activity, cultivation, farm management and harvesting. While this objective of the study is to identify level of technology usage in paddy growing sector, evaluate population perception on use of modern technology in all levels paddy crop within the context socioeconomic population and identify issue and problem related to technology usage in paddy crop sector in Kampung Piasau. Methodology used is through primary and secondary data collection. Which primary data picked up use survey form, interview, observation and photography in field. While secondary data on the other hand collected through journals and study published, data from government departments, and library study. All data achieved will be analysed by using Microsoft Office Excel Software 2007 and SPSS 16.0 to get revenue study findings. Through this study finding result, researcher will be comparing data achieved, further give proposal to further improve use of modern technology pattern in paddy growing sector in among Kampung Piasau people.

Key Words: use of modern technology pattern, population perception, issue and problems related to technology usage.

No comments:

Post a Comment